Friday, January 29, 2010

Mesyuarat Pengurusan

Mesyuarat pengurusan kali ke-3 telah berjaya diadakan pada 29 Jan 2010 jam 3.00 hingga 5.00 petang setelah ditunda daripada 27 Jan 2010. Kehadiran seramai 8 orang yang terdiri daripada Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Kaunselor. Agenda yang dibincangkan ialah tentang Hari Anugerah Cemerlang 2009 yang dicadangkan pada 29 Jun 2010, Mesyuarat Agung PIBG dicadangkan pada 30 Mac 2010. Mesyuarat juga membincangkan tentang penerbitan majalah sekolah yang julung-julung kali diterbitkan pada tahun ini. Selain itu taklimat tentang NKRA bagi JPNS dan bagi SMK Senaling disampaikan kepada ahli mesyuarat. Ahli mesyuarat pengurusan juga diingatkan juga tentang aspek integriti penjawat awam supaya mereka dijadikan contoh kepada guru lain dan staf sokongan. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan idea dan pandangan dalam menentukan keputusan untuk pembangunan organisasi. Kepentingan Organisasi melebihi kepentingan peribadi.

No comments:

Post a Comment